Be a BLOGGER or YOUTUBER?

Hai semua,
Harini Bella nak cerita tentang platform untuk berseni or berkarya yang viral sekarang. Blog dan Youtube. Bezanya menulis dan make video. Bagi Bella sendiri dua benda tu bukannya kerja senang. Tapi taklah rumit sebab macam tempat untuk mencurahkan idea. 




Bella menulis blog dari zaman sekolah lagi cuma nya dari dulu asyik buat blog baru atau delete semua past post. Menulis pun kadang2 on, kadang2 off. So, xtetap pendirian maybe. Atau maybe tak begitu strict dengan menulis blog. But trust me, menulis ni kalau banyak idea, laju je menulis, macam sekarang ni la. Sebab tu orang cakap kalau nak berseni atau update blog ni, biar masa idea penuh dlm fikiran. Bagi Bella, kalau blog ni blog personal, automatic kebanyakan post tentang opinion blogger tu. Kalau blogger ni sebagai satu kerjaya, maybe la kena rangka dlu, dan cari idea2 or isu2 semasa. 

Ada seorang kawan Bella yang sama2 explore blog ni dulu2. Dia tanya la macam mana Bella still boleh menulis dalam blog lagi. Padahal Bella xde la update selalu macam blogger2 yang lain. Satu benda yang Bella pegang sampai sekarang. Bagi seorang yang xpandai meluahkan kata2 secara teratur dan mengikut tertib, menulis ni salah satu cara Bella meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat tentang apa2 yang ada dalam fikiran. Bella tak memaksa diri untuk menulis dan tak pernah rasa terbeban nak menulis. Blogger pro yang lain mungkin memerah otak untuk dapat idea penulisan sebab mungkin blog ni major income diorang. Tapi orang macam Bella ni, blog adalah tempat untuk melarikan diri dari dunia sementara waktu. 

Sekarang ni pasal Youtube pulak. Haritu ada pergi satu talk pasal self confidence and public speaking macam tu la. Obviously join sebab tahu self confidence low sangat2. HAHA. Kelemahan Bella satu je, Bella tak yakin untuk bercerita depan orang. Walaupun dulu seorang yang boleh dikatakan talkative jugak. Tak tahu la apa sebab jadi macam ni. Speaker tu ada bagitahu untuk create channel youtube dan upload any video of you talking on something. Bagi Bella, YA ALLAH susahhhhhh yang amat. Nak cakap pasal apa? Nak kena tengok kamera ke? Dah pernah try sekali. Introduction macam tu la. Walaupun dah tahu lepas rekod, kalau tak suka boleh delete. Tapi still, segan tengok diri sendiri dalam video. Bella macam pandang tinggi kat youtuber2 yang mmg tengah up sekarang. Gigih tengok diorang. Macam mana la diorang boleh buat video2 bercakap macam tu. Impressive. 

So sekarang stick dgn blog saja lah. youtube tu kita hold dulu. kne cari idea jugak nak bercakap pasal apa kan. 

Ini video percubaan Bella:


P/s: Jangan kecam sudah!

XOXO,
Gadis Tudung Bunga

SAH MENJADI ISTERI ORANG

Hai semua,
Rindunya nak menulis. Dah lama sangat rasanya tinggal dunia blog ni. Bella baru saja dapat settle down dengan rumah baru dan persekitaran baru. Maklumlah dah jadi isteri orang ni. YESSSS. FINALLY AKU DAH KAWENNN!!!! Hehehe. 


Dah settle majlis kawen dua2 belah pihak then berkejar masa untuk masuk rumah baru. So agak kelam kabut jugak lah Bella dengan suami (uhuk2). Yela. Dulu tinggal di Kelantan. Rumah baru di Kajang. So nak kena berulang banyak kali juga untuk angkut barang2. Tak sewa lori sebab barang tak ada lah banyak sangat. Boleh la balik selalu dengan alasan ambil barang. Sambil2 kelas master kat Kota Bharu pun baru start ni.

So..dah berapa hari ya jadi isteri orang ni? Minggu ketiga baru kot. Heheh. Nervous jugak nak jadi isteri orang ni. Takut tak boleh jadi yang terbaik. Maklum lah masak gitu2 je. Kemas2 rumah pun gitu2 je. 

Dah settle down semua ni, bolehlah Bella sambung menulis lagi. Kadang2 banyak benda yang boleh diluahkan melalui penulisan ni memandangkan Bella tak la pandai sangat berkata2. 

So... see you guys later.

Here some other pics:




Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga

PERIOD TAK HENTI SEHINGGA 2 BULAN LEBIH!!

Pernah tak anda period atau datang bulan lebih dari 2 bulan? Atau pernahkah anda tidak datang period lebih dari 2 bulan? Atau cycle tidak teratur dan tidak tetap? 


Biasanya isu ini sangat sensitif dan jarang orang membincangkan topik ini kecuali penulisan dari seorang doktor. Akan tetapi, Bella cuba share pengalaman diri sendiri mengadapi period tidak teratur. Ianya bertujuan untuk awareness sebab mungkin ada yang sama nasib macam Bella di luar sana. So, Bella tak rasa perkara ini sesuatu yang memalukan. Ini adalah tidak normal.

Sebab sepanjang Bella menghadapi masalah ini, Bella cuba cari sebarang penulisan atau perkongsian tentang wanita yang sama nasib macam Bella tapi ada mungkin tak banyak. Mungkin isu sensitif kot. 

Ok...kita mula...


Tempoh normal period ialah selama 6 atau 7 hari, paling lama hingga 15 hari dan paling sekejap sehari. Jadi sebelum ini memang kitaran period tak teratur ada  sampai 5-6 bulan tak period. Masa tu remaja, aktif bersuka jadi memang tak terdetik pun nak check. Baru2 ini, period datang lebih dari 2 bulan, jadi Bella rasa sangat tak sedap hati. Sebelum Bella pergi ke hospital, banyak kali Bella fikir dan fikir. Bella search info dari google, youtube dan ada tanya kawan2 doktor. Semua cakap kena pergi scan check takut2 ada fibroid atau cyst. 2 3 malam tak tidur memikirkan semua ni. Last2 pergi jugak ke hospital. 

Pergi jumpa doktor, test darah, scan rahim semuala. Alhamdulillah doktor cakap dalam rahim clean tak ada sebarang ketumbuhan atau apa-apa. Cuma kena makan ubat untuk stop kan darah dari terus keluar. Salah satu faktor period tak teratur adalah kerana berat badan. Dan Bella seorang yang obese. Berat berlebihan. Sedikit sebanyak push lagi semangat untuk kuruskan badan ni. Mula2 doktor sarankan makan pil perancang dulu sebab fungsi ubat tu boleh stopkan darah. Tapi Bella takut ada effect lain kalau makan pil perancang. So Bella minta alternatif ubat lain sebagai ganti untuk stopkan darah. So doktor bg ubat lain. Sekarang Bella masih dalam tempoh makan ubat sebab baru saja pergi jumpa doktor. Nanti nak update perkembangan. 

Sekarang masih dalam fasa menurunkan berat badan melalui Intermittent Fasting (IF), nanti Bella share. Sangat berkesan dan tak ada sekat2 nak makan apa. Jadi badan boleh terima la sebab mindset boleh makan semua di waktu2 tertentu la. Doktor pun suruh Bella teruskan diet ni. Moga2 berhasilla.

Korang kalau ada masalah macam Bella atau masalah2 kesihatan yang lain, jangan malu untuk jumpa doktor. Kalau tak selesa doktor lelaki, boleh request minta doktor perempuan. Baik mencegah dari mengubati. Selalu2 la pergi check up kesihatan anda-anda semua ya. 

Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga


Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZyxMdMzC

CLIPART: AMSYAR

Ini pula Amsyar. Anak kepada kawan baik Bella juga. OMG!! Semua orang dah beranak. HAHA. Amsyar ni Bella xpenah jumpa tapi selalu tengok ig stories mummy dia. So, rasa macam tiap2 hari jumpa pun ada. Comel kan.

 

 

CLIPART: IMAN

Ok...
Ini gambar anak kawan baik Bella. Comel kan? Bella guna gambar dia jadi model. Hehe. Jadilahhh. Nasib mak nya berpuas hati. Siap bagitahu suh inform dia kalau nak gambar lagi. HEHE. Iman namanya. Mulut tu memang dia suka buat macam tu. Aunty Bella suka. HAHA.
 

 


DRAWING IS MY NEW PASSION

Siapa tangan berseni kat sini? Hehe. Bella sebenarnya jealous dengan orang yang pandai melukis, pandai menyanyi dan pandai main alat muzik. boleh dikatakan tangan berseni la. Kalau dulu selalu fikir, "aku ni tak ada bakat macam orang lain ke?". Soalan tu selalu saja ada dalam kepala. sering persoalkan kenapa diri sendiri tak berbakat macam orang lain. 

Ada seorang classmate Bella masa zaman university dulu, lupa dah nama dia sebab tak rapat sangat lah. Cuma selalu duduk satu meja dalam kelas. Dia ada bagitaw yang setiap individu, kita berlainan bakat. bakat tu terlalu luas. sekecil2 zarah sehingga sebesar2 alam. maksudnya sebagai contoh, kalau kita boleh tulis atas kertas a4 kosong tanpa line, tapi boleh lurus dan kemas. percayalah itu satu bakat. Dan bila kau pandai menyanyi seperti Siti Nurhaliza itu memang dikira bakat. Tapi kita selalu limitkan pengertian bakat tu dalam fikiran kita. So, aku fikir ada betulnya cakap dia. 

Sekarang, banyak bakat-bakat yang baru aku kenal la disebabkan teknologi semakin maju kan. So, aku rasa aku dah tukar bakat aku menjadi kerjaya. DRAWING???? nahhhh. not that. even the title said that. hahahaha. i love to teach kids. i love to make research on kids. so i turn my passion into a job. i create a job for myself. HEHE

Remember yang Bella suka sangat melukis tapi xpernah nak cantik. Tangan kayu kot. Tapi Bella kerja dengan komputer 24 hours. So, i can make anything using computer. So, Bella cuba lah google 'how to draw using computer'. and guess what? memangla ada keluar pasal melukis guna software2 macm adobe illustrator tu. tapi macam rumit sangat untuk beginner macam Bella ni. So, ada satu link tu cerita pasal draw using microsoft powerpoint. What??? can draw using PowerPoint? So, Bella try la search kat youtube. berlambak video. HAHAH. So, tengok la a few. Lepas tengok Bella try.

Lukisan pertama
Lucu tak? Lukisan pertama. Basically, cantik sikit la dr Bella lukis guna tangan. Sebab imagination Bella pun tak creative sangat. So, first attempt macam ni la.

Lukisan kedua
Ni lagi lucu. Hehe. Tapi ada perkembangan la kot. Sebab ada pesen2 tudung dan baju tu. Then, Bella try google clipart yang available di google image. Tengok la sebagai inspiration. Comel2 je semua. So nak try buat clipart yang girl bertudung.

Lukisan ketiga
ok, ini advance. HAHAHA. Semua part boleh dikatakan Bella try rujuk di google. Macam bella search mata, hidung tangan semua. and gabungkan dalam satu clipart. Maka terhasil lah lukisan ketiga ini. Cun kan? Membuak2 dah ni sbb berjaya lukis. Masa ni dah explore Microsoft Powerpoint ni sendiri je. 

 

ok, nanti next post Bella akan share beberapa drawings yang lain. so yeahhh. 

"DRAWING IS MY NEW PASSION"

So, korang keep looking kalau masih mencari bakat sendiri. ingat bahawa setiap individu itu berlainan. bakat ada dalam diri sendiri. Try and error.

Gadis Tudung Bunga



Movie Review: Okja (2017)


Related image



Title: OKJA
Year: 2017
Duration: 2h 1m

Short synopsis:
A gentle giant and the girl who raised her are caught in the crossfire between animal activism, corporate greed and scientific ethics.

Starring: Tilda Swinton, Jake Gyllenhaal, An Seo Hyun
Director: Bong Joon Ho

Review:
Movie ini sebenarnya dah lama ada dalam simpanan tapi baru berkesempatan untuk tengok. Dan...Bella sangat suka jalan ceritanya. Hubungan antara manusia dengan haiwan peliharaan. Sikap tamak manusia. Mija, budak perempuan, yang membesar bersama-sama dengan OKJA sejak kecil tentu sekali tidak dapat menerima perpisahan dengan haiwan kesayangan dia. 

Cuba bayangkan. Kucing yang kira bela dr kecil hingga dia tua, sampai suatu masa, orang mahu ambil kucing kita itu untuk dibunuh dan dimakan. Banyak maksud dan mesej yang tersirat dalam cerita ini. 

Suka watak Mija. Pandai betul berlakon. Sebab kena guna imaginasi yang tinggi masa berlakon ni. 

Tak rugi untuk ditonton dan sangat sesuai untuk orang2 yang sayangkan binatang. 

Rate: ✩✩✩✩✩




Gadis Tudung Bunga

One Step Closer~~

Hai semua,
Guess what?? I'm engaged!! Haha. Bella pun tak menjangkakan akan melangsungkan sebarang majlis dalam tahun 2018 ni. Tapi....semua ketentuan Allah kan. Dan En Tunang pun, Bella baru sangat berkenalan dengan dia. Tapi entah kenapa, rasa terbuka hati untuk terima dia. Mungkin sebab dia serius. Perlahan-lahan, sesi berkenalan sambil proses mendirikan masjid ini jadi mudah. Dan pada masa yang sama, Bella pun jatuh hati padanya. So doakan yang terbaik sajalah. Orang cakap, pertunangan ni tak perlu hebahkan. Tapi my mom kata, at least bila kita update yang kita ini tunangan orang, nanti tak adalah yang masih menaruh harapan. Walau hakikatnya, tak ada orang pun yang menaruh harapan kat Bella. HAHAHA. 

Tapi tujuan Bella tulis ni untuk share happy event ini walaupun tak lah sebesar mana pun. Majlis simple sangat. Sebab family Bella dah decide untuk melebihkan bagi makan untuk orang ramai. Tak ada pelamin, hanya sarung cincin dalam bilik sahaja dengan cadar kartun2 gitu je. Tak menghias langsung bilik, sebab sekejap saja kan. Mekap pula dibantu oleh sepupu-sepupu dan kawan2 baik. Baju pula beli di butik PEACE saja bawah RM100. Hantaran pula, 5 berbalas 5 termasuk sebentuk cincin. Bekas hantaran beli di kedai ECO, RM2 je satu par. Banyak jimat lah. Majlis merisik dan bertunang diadakan sekali. Tapi tak perlu 2 bentuk cincin. Cukup 1 je sebagai tanda. Bulan ni memang full tak sempat nak menulis di blog. Majlis tunang, kursus kawin dan kerja2 luar. Sakit juga la kepala ini. 


Bestfriends dan kazens yang tolong tonyoh muka Bella

Bekas par beli kedai ECO
 Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga



Setelah lama menyepi........kini aku kembali

Hai semua,

Lama sungguh tak menulis, xbuat drama review lah. Aduh. Bukan apa. Tak sempat nak tengok drama2 dah sekarang. Sebab hidup Bella ni dah kuat drama. Hehe. So dramatik. 

But now, I'm back. 

So dah boleh mula menulis semula. Harap2 dapat merajinkan diri yang sedia malas ni. 

Guess what? InsyaAllah akan ke next phase of life. Doakan sajalah ya agar dipermudahkan semua urusan Bella.




Love,
Gadis Tudung Bunga

SHRMZB Raya kan sebulan!!!

Hai semua,

Walaupun dah pertengahan aidilfitri, Bella nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... maaf zahir dan batin. mohon maaf jika Bella ada tersalah dan silap dalam penulisan dan pertuturan Bella selama ini.

Macam mana dengan sambutan raya korang? Mesti gempak kan? Bella full dengan kenduri kazen je ni. Tak beraya sangat pun. Tup tup dah kena start kerja. Walaupun kerja sendiri, memang tak sempat nak pergi beraya mana2. Cukup sekadar memenuhi jemputan majlis kawen aje.

Family Bella tahun ni beraya biasa2 aje. Gambar potret family punnn tak ada. First time la. Gambar selfie2 je yang banyak. Tapi tak apa, gambar tak penting. Yang penting semua ada di samping kita. Betul tak?


Bergambar dalam kereta baru balik solat raya


Jom kita 'wefie' dalam rumah pulak


Masa pergi wedding kawan

Gambar wedding kazen pun xde gambar bersama. Sebab apa? Bella sibuk di dapur dan not in the mood for wedding actually. HEHE. Biasalah. Nak beraya kan sepatutnya. Tapi time tu je sume orang free. So, sekali kan jela kan. Ok jugak.




So...how about your raya?

Love,
Bella