Kisah tak menarik tentang diri aku

Aku dah tamat belajar dan sambung lagi tapi secara part time. Menganggur, tiada kerja full time. Cuma mengajar tuisyen dan tak menentu, sebab depends atas permintaan saja. Aku tahu yang memang aku minat untuk mengajar tapi kalau lah ini bukan haluan aku yang sebenar-benarnya. Aku background Economics, tiada langsung Education tapi tulah, CGPA tak cantik sangat kan, mintak kerja pun susah melainkan insurans, sales, marketing dan seangkatan dengannya. kalau difikirkan balik, tu keje la kan. tapi offer2 yang aku dapat kebanyakannya commision based salary. Jadi rasanya susah aku nak survive. 

So sekarang, hari2 aku cumalah menghadap laptop uruskan marketing untuk dropship aku, siapkan paper untuk tuisyen, dan pergi tuisyen. tu je kerja aku sehari2. dan kerja2 rumah yang lain tu memang aktiviti wajib la: basuh jemur lipat kain, basuh pinggan, masak etc. Pada awalnya rasa ok saja tapi sejak kebelakangan ni entah la sebab dah fikir nak belanja lebih pun susah. tak cukup. dan lama sangat menganggur macam ni, apply job pun dah kurang sekarang. macam naik bosan dah. tapi apakan daya aku, nak sangat kan duk kat kampung, so xleh nak demand kerja. 

Sekarang aku tengah berfikir lagi, apa next step aku nanti sebab takkan selamanya macam ni. Nak kawen? Lambat lagi. Even calon dah ada tapi still tak ke arah tu lagi. So bab tu kena hold dulu. 

p/s: blog lama dah xleh bukak, xtaw kenapa. so buat blog baru. aku nak merapu je kat sini. 

Gadis Tudung Bunga

2 Comments