♥Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia♥



Assalamualaikum bloggers sekalian,

Sebenarnya dah lama kita jadi blogger tapi memang selalu on off. Lepas tinggal lama sangat, ada kita delete blog or ada blog dah tak boleh bukak. Macam2 lagi la. Tapi sebenarnya, mmg kita sukaaaaa sangat menulis. Sebab mulut kita ni asalnya potpetpotpet. Tapi tak tahu bila dah meningkat umur ni, kurang pulak potpet tu. Jadi banyakkan menulis saja. Tapi kali ini, InsyaAllah, blog ini berterusan hendaknya. 

Ok, nak jadikan cerita. Aku join Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Sofinah Lamudin. Saja suka2 la kan sambil nak berkenalan dengan bloggers yang lain dan sambil memperkenalkan diri aku ini. Lagipun ini salah satu platform yang SUPERB sebab aku suka blogwalking malam2. Jadi boleh lah nak blogwalking semua blog2 yang join segmen ini. 

Sebelum berkenalan, aku nak explain sikit kenapa blog ini GADIS TUDUNG BUNGA. Heee. Rasa-rasa boleh agak tak? Yup, memang sebab aku ni peminat tudung2 bunga, abstract dan segala corak. Dan baju pulak lagi suka yang plain se plain2 nya. HEHEHE. So, baju aku tak banyak tapi tudung memang macam kat kedai dah banyak dia. HAHA. Tapi tak ada lah tiap2 hari pakai tudung bunga. Cuma orang ramai perasaan, setiap kali sefie je, upload sosial media, mestiiii tudung bunga. Dulu ada jugaklah panggil mek bunga. HEHE. 





TENTANG BELLA OTHMAN

  • Nabila Husna binti Othman
  • Orang panggil Bella @ Tcer Nabila
  • 25 tahun
  • Bujang
  • Berasal dan Tinggal di Kuala Terengganu
  • Dilahirkan pada 5 Mac 1992
  • FB: Nabila Husna
  • Insta: nabilahusna_othman
  • Blog: gadistudungbunga
  • email: nabilahusnaothman@gmail.com
  • Kerja: Freelance Teacher (Tuisyen, modul latihan), Dropship, Fasilitator eUsahawan MDEc

KESUKAAN HATI

  • kaki drama/movie tak kiralah drama melayu, korea, thai, cina, bollywood, hollywood. semua bedal.
  • peminat muzik semua genre kecuali dangdut dan dikir barat. orang putih kata 'cannot go la'. haha
  • suka jugak baca2 novel tapi baca buku2 koleksi adik je (adik peminat novel), so xperlu beli dah. tumpang sekaki.
  • warna kesukaan depends. pakaian suka warna black, dark blue and maroon (effect kuruss). yang lain2 tu average je. tak ada favorite colour sangat.
  • travel vs stay home? aku prefer stay home lagi specific dalam bilik/gua. thats me. elakkan keluar. hahaha. tak kena sunlight tapi tak cerah2 jugak. 
  • boleh dikatakan 24 hours dengan laptop melainkan kena kerja luar or ada seminar2 dan kelas tuisyen.
  • aku minat semua yang berkaitan dengan korea tapi tak ada kpoperss sangat. negara, muzik, variety show, drama movie, cerita2 artis memang semua aku minat. tapi tak ada lah specific minat artis kpop mana tu. sebab tu mostly aku tulis drama review. sampaikan aku belajar korean language. so sekarang tengok cerita tanpa subtitle bolehla. hehe.
Rasanya, tu jela kot. Banyak sangat info naik muak jugak kan. Yang selebihnya biarlah rahsia. Sampai sini saja. Kalau follow blog ini, maybe lah boleh kenal lagi dalam. Mungkinlaaa.. Okla. 

Untuk menyertai Segmen ini,


Gadis Tudung Bunga


3 comments:

  1. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  2. ika datang dari segmen yang sama. Salam perkenalan cik tudung bunga hee
    https://ikashoid.blogspot.my/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete