JODOH EKSPRESS



Tengok tajuk pun rasanya dah tahu content kan? Tapi sure ke sama dengan apa yang korang jangkakan?

Hehe. Betulla tu. Tapi harini Bella nak ceritakan sedikit kisah macam mana Bella kenal husband dan decide untuk kawin. Mungkin tak lah menarik macam dalam drama TV3 tu, tapi bolehla sekadar nak share kan.

Kisahnya macam ni. Bella kenal husband masa raya 2018. Maknanya baru sangat lagi la. Sebelum Bella kenal husband, Bella in relationship dengan seorang mamat ni, tapi dia ‘bluetick’ kan Bella dalam hidup dia, so Bella decide nak move on je.  Lama jugak la untuk bukak hati terima orang baru. Perkenalan dengan husband ringkas saja. Kenal sekejap, dia terus serius untuk ambil langkah seterusnya. Terus decide nak jumpa parents Bella. Terus nak serius. Family pun macam selesa dengan dia dan husband pun masuk dengan family. Mungkin husband taka da semua ciri-ciri yang diidamkan masa budak-budak dulu, tapi dia cukup PERFECT bagi Bella.
 


So, Nampak tak relevan Bella letak tajuk jodoh ekspress? Relationship sebelum-sebelum ni memang ada yang memasang niat nak take next step tapi semua ada halangan. Antara halangannya: hangat-hangat tahi ayam, mak ayah tak setuju, Bella tak ngam dengan dia.

Tapi dengan husband ni pun, Bella tak amek serius sangat pun awalnya. Kalau diizinkan, memang dia lah jodoh Bella. Tengok-tengok semua benda jadi cepat dan mudah. Kenalkan dengan family, planning the whole thing, majlis tunang and everything lah. Orang cakap kalau jodoh, memang rasa mudah je semuanya.

Sekarang ni dah 7 bulan kawen dan dalam tempoh ini jugaklah kami berkenalan dan bercinta. Ada turun naiknya. Tapi bersyukur sangat sebab terima dirinya sebagai suami Bella.

Sebab tu orang cakap, bercinta berpuluh tahun sekali pun, belum tentu jodoh kita kan. Perasan tak kalau kita bercinta dengan someone kan, nak naik ke next step tu susah sangat. Sebab apa agak2? Mungkin belum sampai masanya dan mungkin jugak itu bukan jodoh kita.

Ada kawan Bella tu asyik mengeluh bila jodoh dia nak sampai. Bella Cuma boleh cakap SABAR. Bahagian orang ni, lain-lain. Tak sama timeline hidup setiap orang. Ada yang dapat rezeki keje stabil, ekonomi stabil semua. Ada orang tu rezeki kawin awal, beranak-pinak. Ada orang tu ditakdirkan untuk meluangkan lebih masa bersama orang tua, berbakti pada mereka. Bila diizinkan Allah, semua jadi mudah. InsyaAllah.

gadis tudung bunga

2 comments:

  1. sekarang masing-masing lumba cari jodoh. Jodoh ni kadang dia datang dengan sendiri. Minta dengan Allah yang baik-baik :)

    ReplyDelete
  2. betul3. macam tu la cakap dengan kawan2. rezeki kita, takdir kita lain2. insyaAllah cepat atau lambat saja

    ReplyDelete