Gadis Tudung Bunga

Journal

Review

Contact

Hai semua. 
Hari ini hari ke-9 Bella buat eat clean diet ni. Nak jadikan amalan pemakanan yang baru. And.... guess what? i lost 3kg already. HAHAHA. Mesti ingat tak boleh makan banyak benda kan. Cuba tukar mindset, boleh makan banyak benda tapi ke arah yang lebih sihat. Yang paling simple nak bagi contoh, dari guna roti biasa cuba tukar ke roti wholemeal tu. 

Roti Gardenia Original
Roti Gardenia Wholemeal

Ataupun tukar garam untuk memasak tu dari garam biasa ke garam himalaya warna pink tu.

Garam Putih

Garam Pink
So, untuk 9 hari ni Bella share beberapa gambar makanan yang Bella makan sepanjang tempoh itu:




















Nak jaga pemakanan ni senang saja sebenarnya. Yang penting jangan fokus benda yang tak boleh makan tu, dan kalau nak cuit2 sikit pun bolehhhh. Pastikan cara pemakanan ni dapat happy kan diri sendiri sebab kita nak stay lama on this track. Nak makan tu makan la. Tapi kurangkan yang tidak sihat, kawal selera dan tukar kepada menu yang lebih sihat.

Gadis Tudung Bunga
Hai,
Tahun 2020 dah kita kan? Macam mana azam tahun 2019, tercapai semua tak? Ke azam nak kurus tu tak tercapai lagi. Takpe. Jom kita forward ke tahun 2020 pulak. Hehehe.
Baru 3 hari di tahun 2020, tapi timeline sosial media aku dah penuh dengan parody kereta terbang, hehe..kreatif betul orang Malaysia ni kan.

Untuk tahun 2020 ni, aku nak betul2 setkan azam baru, dan antara azam aku adalah:
1. Upgrade bisnes aku ke next level.
2. Kumpul duit sebanyak yang mungkin.
3. Kurangkan belanja yang ikut kemahuan tu.
4. Jadi seorang yang lebih positif dari tahun lepas.
5. Jadi seorang isteri yang baik.
6. Kalau ada rezeki anak tahun ini. Alhamdulillah lah. (doakan)
7. Belanja family (takpe lebih2 pun)
8. Amal hidup sihat.

Itu saja yang nampak setakat ini. Korang dah listkan azam korang tak? Aku suggestkan tampal dekat depan cermin atau meja kerja korang tu. Senang hari2 boleh tengok. Sebab kalau dalam kepala saja ni biasanya xjalan. HAHA.

Okla. Semoga tahun 2020 ni lebih baik untuk kita semua.

Gadis Tudung Bunga



Tengok tajuk pun rasanya dah tahu content kan? Tapi sure ke sama dengan apa yang korang jangkakan?

Hehe. Betulla tu. Tapi harini Bella nak ceritakan sedikit kisah macam mana Bella kenal husband dan decide untuk kawin. Mungkin tak lah menarik macam dalam drama TV3 tu, tapi bolehla sekadar nak share kan.

Kisahnya macam ni. Bella kenal husband masa raya 2018. Maknanya baru sangat lagi la. Sebelum Bella kenal husband, Bella in relationship dengan seorang mamat ni, tapi dia ‘bluetick’ kan Bella dalam hidup dia, so Bella decide nak move on je.  Lama jugak la untuk bukak hati terima orang baru. Perkenalan dengan husband ringkas saja. Kenal sekejap, dia terus serius untuk ambil langkah seterusnya. Terus decide nak jumpa parents Bella. Terus nak serius. Family pun macam selesa dengan dia dan husband pun masuk dengan family. Mungkin husband taka da semua ciri-ciri yang diidamkan masa budak-budak dulu, tapi dia cukup PERFECT bagi Bella.
 



So, Nampak tak relevan Bella letak tajuk jodoh ekspress? Relationship sebelum-sebelum ni memang ada yang memasang niat nak take next step tapi semua ada halangan. Antara halangannya: hangat-hangat tahi ayam, mak ayah tak setuju, Bella tak ngam dengan dia.

Tapi dengan husband ni pun, Bella tak amek serius sangat pun awalnya. Kalau diizinkan, memang dia lah jodoh Bella. Tengok-tengok semua benda jadi cepat dan mudah. Kenalkan dengan family, planning the whole thing, majlis tunang and everything lah. Orang cakap kalau jodoh, memang rasa mudah je semuanya.

Sekarang ni dah 7 bulan kawen dan dalam tempoh ini jugaklah kami berkenalan dan bercinta. Ada turun naiknya. Tapi bersyukur sangat sebab terima dirinya sebagai suami Bella.

Sebab tu orang cakap, bercinta berpuluh tahun sekali pun, belum tentu jodoh kita kan. Perasan tak kalau kita bercinta dengan someone kan, nak naik ke next step tu susah sangat. Sebab apa agak2? Mungkin belum sampai masanya dan mungkin jugak itu bukan jodoh kita.

Ada kawan Bella tu asyik mengeluh bila jodoh dia nak sampai. Bella Cuma boleh cakap SABAR. Bahagian orang ni, lain-lain. Tak sama timeline hidup setiap orang. Ada yang dapat rezeki keje stabil, ekonomi stabil semua. Ada orang tu rezeki kawin awal, beranak-pinak. Ada orang tu ditakdirkan untuk meluangkan lebih masa bersama orang tua, berbakti pada mereka. Bila diizinkan Allah, semua jadi mudah. InsyaAllah.

gadis tudung bunga

Hai semua,

Dah lama rasanya tak menulis kat sini. Maklumlah sentiasa guna alasan sibuk, tak ada masa dan tak ada inspirasi untuk menulis. Dulu menulis ni satu benda yang menceriakan hati dan minda Bella. Tapi sejak-sejak dah meningkat umur, dah berkahwin, walaupun masih belum ada anak, still mood menulis ni kelaut. Rindu zaman dulu-dulu asyik update pasal cerita novel rekaan sebab masa muda dulu idea macam mencurah-curah. Sekarang, bukan kata nak mengarang, nak update status kat sosial media pun kena fikir dan tulis 2, 3 kali. 

Tapi Bella nak cari diri Bella yang dulu. Seorang yang banyak idea, berfikiran positif, sentiasa senyum walaupun ada masalah. Bella yang sekarang payah senyum, rasa macam tak ada mencapai apa-apa, rasa nak marah 24 jam, rasa kesunyian walau dikelilingi ramai orang, dan selalu lapar. Dan 2, 3 hari ni tiba-tiba rasa tergerak hati nak cari Bella yang dulu. 

Pernah tak korang rasa macam ni. Rasa nak putar balik masa lepas, supaya boleh hidup macam dulu dan harap dapat buat yang terbaik. Pernah tak rasa macam Bella rasa? 

Tapi kan, kenapa kita nak menyesal benda yang lepas? Mungkin kita rindu diri kita yang dulu. Mungkin sebab masa mendewasakan kita. Mungkin sebab komitmen yang membebankan kita. Banyak benda yang difikirkan. Tengok kana-kanak tu macam tak ada masalah kan atau simple je pemikiran or masalah diorang. Kenapa nak pergi balik ke masa lalu?

Sebenarnya kita tak perlu pergi ke masa lalu, zaman yang kita rindui. Take that to motivate our self untuk mungkin jadi lebih baik dari dulu dan lebih baik dari sekarang. Betul tak? Just move forward. Ambil masa sekejap untuk fikir apa yang membuatkan kita happy buat masa sekarang. Kenapa nak fikirkan future yang belum tentu apa akan jadi. Hargai apa yang kita ada sekarang kan lebih baik. 

So, dengan ini Bella pun nak buat benda yang sama. Bella kena cari apa yang buat diri Bella happy mental dan fizikal. Korang macam mana?

Gadis Tudung Bunga
Hai semua,
Harini Bella nak cerita tentang platform untuk berseni or berkarya yang viral sekarang. Blog dan Youtube. Bezanya menulis dan make video. Bagi Bella sendiri dua benda tu bukannya kerja senang. Tapi taklah rumit sebab macam tempat untuk mencurahkan idea. 




Bella menulis blog dari zaman sekolah lagi cuma nya dari dulu asyik buat blog baru atau delete semua past post. Menulis pun kadang2 on, kadang2 off. So, xtetap pendirian maybe. Atau maybe tak begitu strict dengan menulis blog. But trust me, menulis ni kalau banyak idea, laju je menulis, macam sekarang ni la. Sebab tu orang cakap kalau nak berseni atau update blog ni, biar masa idea penuh dlm fikiran. Bagi Bella, kalau blog ni blog personal, automatic kebanyakan post tentang opinion blogger tu. Kalau blogger ni sebagai satu kerjaya, maybe la kena rangka dlu, dan cari idea2 or isu2 semasa. 

Ada seorang kawan Bella yang sama2 explore blog ni dulu2. Dia tanya la macam mana Bella still boleh menulis dalam blog lagi. Padahal Bella xde la update selalu macam blogger2 yang lain. Satu benda yang Bella pegang sampai sekarang. Bagi seorang yang xpandai meluahkan kata2 secara teratur dan mengikut tertib, menulis ni salah satu cara Bella meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat tentang apa2 yang ada dalam fikiran. Bella tak memaksa diri untuk menulis dan tak pernah rasa terbeban nak menulis. Blogger pro yang lain mungkin memerah otak untuk dapat idea penulisan sebab mungkin blog ni major income diorang. Tapi orang macam Bella ni, blog adalah tempat untuk melarikan diri dari dunia sementara waktu. 

Sekarang ni pasal Youtube pulak. Haritu ada pergi satu talk pasal self confidence and public speaking macam tu la. Obviously join sebab tahu self confidence low sangat2. HAHA. Kelemahan Bella satu je, Bella tak yakin untuk bercerita depan orang. Walaupun dulu seorang yang boleh dikatakan talkative jugak. Tak tahu la apa sebab jadi macam ni. Speaker tu ada bagitahu untuk create channel youtube dan upload any video of you talking on something. Bagi Bella, YA ALLAH susahhhhhh yang amat. Nak cakap pasal apa? Nak kena tengok kamera ke? Dah pernah try sekali. Introduction macam tu la. Walaupun dah tahu lepas rekod, kalau tak suka boleh delete. Tapi still, segan tengok diri sendiri dalam video. Bella macam pandang tinggi kat youtuber2 yang mmg tengah up sekarang. Gigih tengok diorang. Macam mana la diorang boleh buat video2 bercakap macam tu. Impressive. 

So sekarang stick dgn blog saja lah. youtube tu kita hold dulu. kne cari idea jugak nak bercakap pasal apa kan. 

Ini video percubaan Bella:


P/s: Jangan kecam sudah!

XOXO,
Gadis Tudung Bunga

Hai semua,
Rindunya nak menulis. Dah lama sangat rasanya tinggal dunia blog ni. Bella baru saja dapat settle down dengan rumah baru dan persekitaran baru. Maklumlah dah jadi isteri orang ni. YESSSS. FINALLY AKU DAH KAWENNN!!!! Hehehe. 


Dah settle majlis kawen dua2 belah pihak then berkejar masa untuk masuk rumah baru. So agak kelam kabut jugak lah Bella dengan suami (uhuk2). Yela. Dulu tinggal di Kelantan. Rumah baru di Kajang. So nak kena berulang banyak kali juga untuk angkut barang2. Tak sewa lori sebab barang tak ada lah banyak sangat. Boleh la balik selalu dengan alasan ambil barang. Sambil2 kelas master kat Kota Bharu pun baru start ni.

So..dah berapa hari ya jadi isteri orang ni? Minggu ketiga baru kot. Heheh. Nervous jugak nak jadi isteri orang ni. Takut tak boleh jadi yang terbaik. Maklum lah masak gitu2 je. Kemas2 rumah pun gitu2 je. 

Dah settle down semua ni, bolehlah Bella sambung menulis lagi. Kadang2 banyak benda yang boleh diluahkan melalui penulisan ni memandangkan Bella tak la pandai sangat berkata2. 

So... see you guys later.

Here some other pics:




Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga

Pernah tak anda period atau datang bulan lebih dari 2 bulan? Atau pernahkah anda tidak datang period lebih dari 2 bulan? Atau cycle tidak teratur dan tidak tetap? 


Biasanya isu ini sangat sensitif dan jarang orang membincangkan topik ini kecuali penulisan dari seorang doktor. Akan tetapi, Bella cuba share pengalaman diri sendiri mengadapi period tidak teratur. Ianya bertujuan untuk awareness sebab mungkin ada yang sama nasib macam Bella di luar sana. So, Bella tak rasa perkara ini sesuatu yang memalukan. Ini adalah tidak normal.

Sebab sepanjang Bella menghadapi masalah ini, Bella cuba cari sebarang penulisan atau perkongsian tentang wanita yang sama nasib macam Bella tapi ada mungkin tak banyak. Mungkin isu sensitif kot. 

Ok...kita mula...


Tempoh normal period ialah selama 6 atau 7 hari, paling lama hingga 15 hari dan paling sekejap sehari. Jadi sebelum ini memang kitaran period tak teratur ada  sampai 5-6 bulan tak period. Masa tu remaja, aktif bersuka jadi memang tak terdetik pun nak check. Baru2 ini, period datang lebih dari 2 bulan, jadi Bella rasa sangat tak sedap hati. Sebelum Bella pergi ke hospital, banyak kali Bella fikir dan fikir. Bella search info dari google, youtube dan ada tanya kawan2 doktor. Semua cakap kena pergi scan check takut2 ada fibroid atau cyst. 2 3 malam tak tidur memikirkan semua ni. Last2 pergi jugak ke hospital. 

Pergi jumpa doktor, test darah, scan rahim semuala. Alhamdulillah doktor cakap dalam rahim clean tak ada sebarang ketumbuhan atau apa-apa. Cuma kena makan ubat untuk stop kan darah dari terus keluar. Salah satu faktor period tak teratur adalah kerana berat badan. Dan Bella seorang yang obese. Berat berlebihan. Sedikit sebanyak push lagi semangat untuk kuruskan badan ni. Mula2 doktor sarankan makan pil perancang dulu sebab fungsi ubat tu boleh stopkan darah. Tapi Bella takut ada effect lain kalau makan pil perancang. So Bella minta alternatif ubat lain sebagai ganti untuk stopkan darah. So doktor bg ubat lain. Sekarang Bella masih dalam tempoh makan ubat sebab baru saja pergi jumpa doktor. Nanti nak update perkembangan. 

Sekarang masih dalam fasa menurunkan berat badan melalui Intermittent Fasting (IF), nanti Bella share. Sangat berkesan dan tak ada sekat2 nak makan apa. Jadi badan boleh terima la sebab mindset boleh makan semua di waktu2 tertentu la. Doktor pun suruh Bella teruskan diet ni. Moga2 berhasilla.

Korang kalau ada masalah macam Bella atau masalah2 kesihatan yang lain, jangan malu untuk jumpa doktor. Kalau tak selesa doktor lelaki, boleh request minta doktor perempuan. Baik mencegah dari mengubati. Selalu2 la pergi check up kesihatan anda-anda semua ya. 

Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga




The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.

Di dalam pekerjaan pula, perkongsiannya seperti tips temuduga, contoh resume terbaik, cara buat resume, kerja sambilan di rumah, kerja part time di rumah dan contoh surat berhenti kerja.

Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


Website | Facebook | Instagram


Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZyxMdMzC
Ini pula Amsyar. Anak kepada kawan baik Bella juga. OMG!! Semua orang dah beranak. HAHA. Amsyar ni Bella xpenah jumpa tapi selalu tengok ig stories mummy dia. So, rasa macam tiap2 hari jumpa pun ada. Comel kan.

 

 

Ok...
Ini gambar anak kawan baik Bella. Comel kan? Bella guna gambar dia jadi model. Hehe. Jadilahhh. Nasib mak nya berpuas hati. Siap bagitahu suh inform dia kalau nak gambar lagi. HEHE. Iman namanya. Mulut tu memang dia suka buat macam tu. Aunty Bella suka. HAHA.
             
 

                           
 

 

Siapa tangan berseni kat sini? Hehe. Bella sebenarnya jealous dengan orang yang pandai melukis, pandai menyanyi dan pandai main alat muzik. boleh dikatakan tangan berseni la. Kalau dulu selalu fikir, "aku ni tak ada bakat macam orang lain ke?". Soalan tu selalu saja ada dalam kepala. sering persoalkan kenapa diri sendiri tak berbakat macam orang lain. 

Ada seorang classmate Bella masa zaman university dulu, lupa dah nama dia sebab tak rapat sangat lah. Cuma selalu duduk satu meja dalam kelas. Dia ada bagitaw yang setiap individu, kita berlainan bakat. bakat tu terlalu luas. sekecil2 zarah sehingga sebesar2 alam. maksudnya sebagai contoh, kalau kita boleh tulis atas kertas a4 kosong tanpa line, tapi boleh lurus dan kemas. percayalah itu satu bakat. Dan bila kau pandai menyanyi seperti Siti Nurhaliza itu memang dikira bakat. Tapi kita selalu limitkan pengertian bakat tu dalam fikiran kita. So, aku fikir ada betulnya cakap dia. 

Sekarang, banyak bakat-bakat yang baru aku kenal la disebabkan teknologi semakin maju kan. So, aku rasa aku dah tukar bakat aku menjadi kerjaya. DRAWING???? nahhhh. not that. even the title said that. hahahaha. i love to teach kids. i love to make research on kids. so i turn my passion into a job. i create a job for myself. HEHE

Remember yang Bella suka sangat melukis tapi xpernah nak cantik. Tangan kayu kot. Tapi Bella kerja dengan komputer 24 hours. So, i can make anything using computer. So, Bella cuba lah google 'how to draw using computer'. and guess what? memangla ada keluar pasal melukis guna software2 macm adobe illustrator tu. tapi macam rumit sangat untuk beginner macam Bella ni. So, ada satu link tu cerita pasal draw using microsoft powerpoint. What??? can draw using PowerPoint? So, Bella try la search kat youtube. berlambak video. HAHAH. So, tengok la a few. Lepas tengok Bella try.

Lukisan pertama
Lucu tak? Lukisan pertama. Basically, cantik sikit la dr Bella lukis guna tangan. Sebab imagination Bella pun tak creative sangat. So, first attempt macam ni la.

Lukisan kedua
Ni lagi lucu. Hehe. Tapi ada perkembangan la kot. Sebab ada pesen2 tudung dan baju tu. Then, Bella try google clipart yang available di google image. Tengok la sebagai inspiration. Comel2 je semua. So nak try buat clipart yang girl bertudung.

Lukisan ketiga
ok, ini advance. HAHAHA. Semua part boleh dikatakan Bella try rujuk di google. Macam bella search mata, hidung tangan semua. and gabungkan dalam satu clipart. Maka terhasil lah lukisan ketiga ini. Cun kan? Membuak2 dah ni sbb berjaya lukis. Masa ni dah explore Microsoft Powerpoint ni sendiri je. 

 

ok, nanti next post Bella akan share beberapa drawings yang lain. so yeahhh. 

"DRAWING IS MY NEW PASSION"

So, korang keep looking kalau masih mencari bakat sendiri. ingat bahawa setiap individu itu berlainan. bakat ada dalam diri sendiri. Try and error.

Gadis Tudung Bunga



Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Kdrama Review: While You Were Sleeping
  • Kdrama Review: I'm Not A Robot
  • Drama Review: Raisha TV3
  • My 100 Kdrama List
  • Setelah lama menyepi........kini aku kembali
  • Giveaway The Berkat Di Mialiana.com
  • ♥Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia♥
  • CLIPART: AMSYAR
  • Kisah tak menarik tentang diri aku
  • SAH MENJADI ISTERI ORANG

Categories

  • DRAMA REVIEW 11
  • DRAWING 3
  • EAT CLEAN JOURNEY 1
  • JOURNAL 18
  • MOTIVATIONAL SESSIONS 1
  • SEGMEN 2

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger

Tags

Followers

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January 2020 (2)
      • My Eat Clean Journey
      • TAHUN BARU 2020!!
  • ►  2019 (4)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  April 2019 (2)
  • ►  2018 (13)
    • ►  December 2018 (5)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  June 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
    • ►  January 2018 (3)
  • ►  2017 (21)
    • ►  December 2017 (3)
    • ►  November 2017 (13)
    • ►  October 2017 (5)

My Blog List

  • ciklapunyabelog[dot] blogspot[dot] my
    Betul ke hypothyroid penyebab rasa letih melampau? - Hypothyroid berlaku bila kelenjar tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang cukup. Hormon ini penting sebab dia mengawal metabolisma tubuh iaitu macam man...
    10 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Asam Pedas Sayap Ayam - Bismillahirrahmanirrahim. Banyak pula gambar masakan tidak dijadikan entri. Hendak dibuang sayang pula. Salah satunya masakan Asam Pedas Sayap Ayam. Apabi...
    12 hours ago
  • ✿ Cik Cappuccino Latte ✿
    Diam Bukan Lemah !! - Assalamualaikum dan salam sejahtera *Diam Bukan Lemah !! *Diam tu bukan kosong, diam tu selalunya penuh . Ya penuh !! Penuh dengan benda yang orang mal...
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Cara pelajar universiti menabung dalam simpanan emas Public Gold - Nama dia Amir. Biasa-biasa saja orangnya. Anak kampung dari utara, masuk U di bandar dengan harapan tinggi, bukan sekadar nak lulus ijazah, tapi nak u...
    2 days ago
  • Diana's ♥
    HUAWEI FREEBUDS 6 LAUNCHES IN MALAYSIA WITH BETTER FIT, SMARTER SOUND, AND LONGER BATTERY LIFE - *HUAWEI introduces a new era of open-fit audio, blending high-fidelity sound, stunning comfort, and intelligent call performance, all packed into its most ...
    3 days ago
  • Kasih Juju
    Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru - *Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru* l Haritu Juju dengan geng-geng JDT Blogger berpeluang untuk makan daging wagyu di *Toramaru ...
    3 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel - Rentetan dari post Aduhai cik Pepel Accident Lagi aritu, syukur mama sekali lagi dapat courtesy car / replacement car sepanjang kereta mama si pepel tu d...
    4 days ago
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas ! - Makin kerap lak aku buat live di Tik Tok dan berposting di sana. Aku punya post pun lebih pada isu kesihatan jer. Tu pun secara umum. Nak berlebih lebih ...
    4 days ago
  • Mawardi Yunus
    Tema Maal Hijrah 2025 / 1447H: Membangun Ummah Madani - *Tema Maal Hijrah 2025 / 1447H: Membangun Ummah Madani* Maal Hijrah menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, dan ia disambut pada 1 Muhara...
    1 week ago
  • Penselduabee
    Uwan Enon Clans Tunaikan Ibadah Korban Dengan Sembelih Seekor Lembu di rumah Kampung Uwan - Raya Aidiladha tahun ini, anak beranak keluarga Uwan Enon iaitu keluarga saudara mara belah mak sepakat untuk menunaikan ibadah korban dengan korban seek...
    2 weeks ago
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian - Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃\ Shopee bawakan Lagi Murah ke tahap lebih hebat sempena 6.6 ini! Dari 1 hingga 9 Jun, nikmati diskaun heb...
    3 weeks ago
  • Aisya Ismail
    Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke? - Masalah Air Selangor ni memang tak akan pernah habis ke? Selalu sangat ada gangguan. Nak buat kerja harian pun terganggu. Jangan kata bekalan air terput...
    1 month ago
  • Mia Liana
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform - "Elevate your trading skills with our comprehensive guide to the MT4 Index Trading Platform! Master the market like a pro!" The MT4 index trading platfor...
    2 months ago
  • AURA blogger
    Apa berlaku Selepas Berpantang 44 hari? - Apa berlaku selepas berpantang 44 hari? ketika mempunyai anak seorang, perkara pertama selepas saya habis berpantang 44 hari adalah duduk depan cermin m...
    3 months ago
  • Dearie's Couple Story
    Sesi Persekolahan 2025 Dengan Najla - *Sesi Persekolahan 2025 Dengan Najla | *Tahun ini tambah seorang lagi anak yang bersekolah. Tahun ni Najla berusia 5 tahun dan kami decided untuk masukka...
    3 months ago
  • RAYDAH ALHABSYI
    PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025 - 13 Disember 2024 - Karnival CASAxOKU 2025 memberikan peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menunjukkan bakat terpendam mereka di dalam sebuah ...
    5 months ago
  • Yaya Natsumi Official Blog
    Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur dengan Produk GKB Z-Well & Tiger Milk Mushroom - Pertambahan usia kadang-kala membuatkan seseorang menjadi kurang daya tahan badan atau imuniti semakin menurun. Lagi-lagi lepas Yaya kena Influenza sebel...
    9 months ago
  • Syazwani14Cats
    📚Summary of Books I Read, DNF and Currently Reading 2023 - [image: summary of books that I read so far in 2023] Hello! This is my first proper annual book wrap-up as I've finally read just enough for a wrap-up. I...
    1 year ago
  • Nia Emkay
    KEHIDUPAN: Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya - *“Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”* Sumber rujukan: AMBIL DARI...
    1 year ago
  • Mama Ashraf.blogspot.com
    MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE - Assalamualaikum semua! Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai *mengapa saya memilih suplemen Shaklee* sebagai pilihan untuk kesihatan saya. S...
    1 year ago
  • Izzati pink life ♥
    Donut - #donut
    1 year ago
  • DaRi HaTi Miss MuLaN
    Drama Chinta Wrong Direction Di Astro Ria - [image: Drama Chinta Wrong Direction, Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Chinta Wrong Directi...
    1 year ago
  • Miss BaNu StoRy
    Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose - *Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose* *Assalammualaikum..* *Semalam ada ler tengok Telemovie Crush Next Door ni kat Astro Ria...
    2 years ago
  • IZZAH ALYA
    Salam Ramadhan 2021 - Assalamualaikum, Ahlan Wa sahlan! Salam Ramadhan Kareem everyone! Sekejapnya masa berlalu, dah masuk bulan ramadhan dah kita. Alhamdulillah kita s...
    4 years ago
  • Lulu Si Peniaga Online
    Lulu Shawl Cantik Dari Fabrik Wrinkle Crepe - [image: lulu shawl] Hai semua. Satu lagi keluaran terbaru LuluKainPasang iaitu Lulu Shawl dari fabrik Wrinkle Crepe. Ciri-ciri untuk Lulu Shawl adal...
    4 years ago
  • MISZDAE : A TRAVELLER
    Cara Claim Travel Insurance untuk Flight Delay / Cancel - [image: Image result for etiqa 360 travel] Hi semua apa khabar? Harini nak share dengan korang cara-cara I claim Travel Insurance dengan menggunakan ETI...
    5 years ago
  • Gadis Tudung Bunga
    TAHUN BARU 2020!! - Hai, Tahun 2020 dah kita kan? Macam mana azam tahun 2019, tercapai semua tak? Ke azam nak kurus tu tak tercapai lagi. Takpe. Jom kita forward ke tahun 2020 ...
    5 years ago
  • DUNIAKU DI PEMULIHAN KHAS
    Template Pembahagi Mingguan - Assalamualaikum.. Hari ni Maz sambung lagi perkongsian untuk Fail Rekod Persediaan PdPc sesi 2020. Kali ni Maz kongsikan weekly divider tema bunga-bunga sak...
    5 years ago
  • Dya Mohamad
    Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan - *Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan, melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu* Dengan matla...
    5 years ago
  • My World
    Twincity Half Marathon 2019..My first HM!! - Ok, hari ni cerita pasal my first Half Marathon (HM). Twincity Half Marathon 2019, 20 December 2019. Lama dah kejadiannya tapi now baru nak cerita..hahaha...
    5 years ago
  • ZULHILMI TEMPOYAK
    MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...
    5 years ago
  • TEACHER FIERA'S ASSEMBLAGE
    YEAR 2 PHONICS BASED LESSONS BOOKLET & FLASHCARDS - DOWNLOAD THE PDF FILE HERE YEAR 2 PHONICS BASED LESSON BOOKLET FLASHCARDS ear, air, ure, er (i) ear, air, ure, er (ii) ay, ou, ai, ie (i) ay, ou, ai,...
    5 years ago
  • Aimie Diyanna
    ARCHITECTURE STUDY TRIP - HANGZHOU AND SHANGHAI, CHINA - Hello everyone, I start to open this page and have my courage to start writing again. I feel nervous and overwhelmed. It's been a long time, too many thin...
    5 years ago
  • Mysara Ab Rahman
    Parking Di KLIA VS Lain-lain - Salam. Baru-baru ni aku ke KLIA untuk jemput my MIL balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah semuanya selamat. Kali ni aku nak bercerita dekat korang pa...
    5 years ago
  • Aimie Farzana
    13/9/2019 - Assalamualaikum [image: Image result for death tumblr] Harini aimie terpanggil nak menulis blog mengenai apa yang viral di twitter dan instagram 2 hari lep...
    5 years ago
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified! - Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅ Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan hati. Haha. Tengah dok scroll notification int...
    5 years ago
  • *****RedScarf*****
    Habis dah belajar Degree .... setelah bertahun-tahun kuikuikuikuikui - Alhamdullilah.. Rasa lega and lapang nyer hati bila da tamatkan belajar untuk amik degree. Bertahun kot.. Macam2 la dugaan sampai hantar surat nak berh...
    5 years ago
  • Myra Azraff
    White Rabbit Ice Cream @ Inside Scoop, One Utama - Many of us have heard about white rabbit ice cream coming to Malaysia. Like right now, there are many ice cream stores are making their own version of whi...
    6 years ago
  • Tcer Nabila Collection
    COLOURING PAGES - ALPHABETS - COLOURING PAGES - ALPHABETS 27 SHEETS CLICK HERE FOR FULL PDF COPY: COLOURING PAGES - ALPHABETS
    6 years ago
  • Zizie Zack
    HDB Loan Eligibility - Things you want to know before you invest in commercial properties There are two types of real estate to invest in Singapore: commercial or residential ...
    6 years ago
  • LIFESTYLE | BEAUTY | HEALTH
    Bila Client Repeat Review di BLOG - Assalamualaikum.. Harini nak bercerita mengenai client berpuashati dengan khidmat yang ina tawarkan di blog.Iaitu advertorial,collaboration dan sponsorshi...
    6 years ago
  • Ecan Fadhlina
    14 Days in Kazakhstan - Pengantin yang muram, susu kuda dan sedikit keinsafan - Bab 6 Perjalanan dari rumah kami di Shymkent ke Karabulak mengambil masa kira-kira setengah jam. Kami sedang dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah ma...
    6 years ago
  • n o r a s y i q i n
    2018 - The one who were there is not there anymore Best friend become stranger Everything's change But i believe its for good InshaaAllah
    7 years ago
  • Diari Yuyu
    Ohsem Krunch di Ipoh, Perak - Assalamualaikum readers, sekarang sis stay di Ipoh untuk beberapa bulan sebab teman suami sis berkursus di sini jadi sis berniaga *Ohsem Krunch* di sini. J...
    7 years ago
  • Nora.Liza
    Bare for Bare Natural Shampoo for Natural Shiny Hair - Focusing on natural and botanical ingredients in their products *Bare for Bare* is another new brand in the market that you need to know today. The brand k...
    7 years ago
  • Mama SLQ
    . Happy 1st Heartiversary, Sufi ! - .Assalamualaikum. Dalam tak sedar, cepat je masa berlalu kan? 22 Mac 2018 hari tu genap setahun sufi menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang (Bypa...
    7 years ago
  • ❀ نور شهيدا ❀
    Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh -
    7 years ago
  • Yang Ungu Itu Manggis
    K Fry IOI Mall Putrajaya - Assalamualaikum Cik Manggis datang lagi setelah sekian lama tidak bersiaran. Sekarang ni cik manggis agak sibuk sikit sebab nak pindah ofis baru....so nak ...
    7 years ago
  • baemirandomrants
    Baemi Random Rants - Assalamualaikum guys. Wow it looks like I was and still am extremely busy because I don't even have time to rant in here right now. It has been sixty seven...
    7 years ago
  • Blog rabiahtul adawiyah
    Menang contest beaute stick dan rm 100 - Assalamualaikum..I happy sangat hari ini tau..Rezeki selalu masuk ni.Alhamdulillah... Menang contest beaute stick by yuyu rashid dan rm 100..Wow..Sebenarny...
    7 years ago
  • Wana Eiskay
    Wana Takde Mood K Bye - Holla peeps. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Air laut pun time pasang surut dia, inikan pulak manusia. Khennn? Aku tak tau kenapa lately (semenjak ...
    7 years ago
  • SMART GENERATION
    Naturehike Waterproof Outdoor Tent/Mat Camping Picnic - `Naturehike Waterproof Outdoor Tent/Mat Camping Picnic TRAVEL LIGHT! TRAVEL STYLE! This outdoor mat is the ideal accessory for picnics and outdoo...
    7 years ago
  • Adindaaaxx
    Serius ini bukan mimpi - Hai haiii. Assalamulaikum. Sudah 2 tahun tee tak update blog?? Yes, sejak dari zaman espiem (SPM) sebab sibuk dengan kerja rumah dan kelas tambahan. Lepast...
    8 years ago
  • ❀ HaSn!Za HaMZaH ❀
    Debaran menunggu penempatan mengajar - Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. diharap semua pembaca miss honey berada dalam keadaan sihat sejahtera... owhhh ya dah makan ke belum??? siapa belum ...
    8 years ago
  • ezny d-yana
    Pakej Murah ke Korea - Backpacker - Lurima Travel +60196139071 ( Bella) +601133422711 (Fazlin) Facebook page - Lurima Travel Instagram - Lurima Travel Website - Lurima Travel Assalamualaiku...
    9 years ago
  • ✿ Thingy by Fieza ✿
    - 🌼🌼🌼 READY ITEM Tired of waiting? Buy these ready made handbouquet instead. PINK ROSES RM30 RED ROSES RM45 WHITE LILIES RM65 Visit my instagr...
    9 years ago
  • It's Khดlid babe!
    Gaya Popular Fesyen Lelaki Masa Kini - [image: fesyen lelaki terkini, popular and trendy men's fashion and style, hot stylo metrosexual style, zalora menstyle, gaya lelaki urban, pakaian lelak...
    9 years ago
  • AISYAH AQILA
    Seindah Sabar - *Sedut udara* Alhamdullilah. Lama membisu tak bermakna kelu. Moga kalian semua sihat sentiasa c: Seindah sabar. Ada apa dengan sabar ? Hikmah. Begitul...
    9 years ago
  • JIARIZAIRA.COM
    Throwback Era Kegemilangan Main Games Di Cyber Cafe - Salam September semua, sudah lama rasanya tak usik blog ni. Hendak kata sibuk, tak juga. Mungkin mood dah kelaut agaknya. Nak mengerah idea untuk menulis t...
    9 years ago
  • Fadhlan Hilmi Blogger
    How to maintain internet speed by pinging? - Greetings to all readers and welcome to my blog. Today, I want to teach some knowledge to you on how to maintain internet speed by pinging? 1) Firstly, ...
    10 years ago
  • KyLe RiL
    BLOGGER'S DAY OUT DI KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA BERSAMA KELABBLOGGERBENASHAARI - Huhu segala yang di rancang oleh KelabBloggerBenAshaari berjalan lancar di Tasik Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 26 april 2015 yang penuh dengan k...
    10 years ago
  • Berkongsi Dengan Menulis
    Penjelasan Kesehatan Reproduksi Wanita - Kesehatan Reproduksi Perempuan - Sebagai seorang perempuan, kesehatan reproduksi tentu jadi bagian yang teramat penting untuk dijaga. Beragam penyakit yang...
    10 years ago
  • Cerita Saya
    Happy 1st Birthday Little Darling Zara - Ni entri yang backdated punya. Sayu pun ada tengok gambar ni semua sebab petang Ahad (8/6) aritu aku dok tengok gambar-gambar kemeriahan majlis besdey Zara...
    11 years ago
  • (*^_^*) Makan2 Cheese Dan Keju Bakar
    Restoren Patatimo, Wangsa Maju, KL - Assalammualaikum... Salam makan2 lagi.. Lama dah menyepi baru cuti ni sempat nak update blog kesayangan ni. Kisah pasal makan2 lagi la, Dah blog pasal maka...
    11 years ago
  • The Best Car For Your Safe Journey
    CAR RENTAL SERVICE - *OUR BEST CAR FOR YOUR SAFE JOURNEY!!!* *Perodua Myvi Special Edition (A) 1.3* 1-2days=RM160 RM130/day 3-6days=RM140 RM120/day 7days above=RM120 RM110/day...
    11 years ago
  • biskutcelup
    kiyomizudera (清水寺) illumination - [image: sakura] sumber : google Assalamualaikum wbt... sekejap je rasanya masa berjalan kan ?? tak sedar pun rupa-rupanya dah hampir separuh musim luruh...
    11 years ago
  • Shat Mashuri
    Cerita tentang "MENUNAIKAN HAJI"... - Dengan bantuan salah seorang kakitangan kaunter yang peramah di sebuah cawangan Tabung Haji (TH), saya mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah Haji beber...
    11 years ago
  • SIR FARIS MAIMUN
    Check List Untuk Berprogram -
    11 years ago
  • Dylla Fadzil's
    hello - Ohhhh.. Hellooo :) Wieeee~~~ xoxo, dylla fadzil
    15 years ago
  • Musafir Ghuraba'
    -
Show 25 Show All

Oddthemes

Facebook

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates