Be a BLOGGER or YOUTUBER?

Hai semua,
Harini Bella nak cerita tentang platform untuk berseni or berkarya yang viral sekarang. Blog dan Youtube. Bezanya menulis dan make video. Bagi Bella sendiri dua benda tu bukannya kerja senang. Tapi taklah rumit sebab macam tempat untuk mencurahkan idea. 




Bella menulis blog dari zaman sekolah lagi cuma nya dari dulu asyik buat blog baru atau delete semua past post. Menulis pun kadang2 on, kadang2 off. So, xtetap pendirian maybe. Atau maybe tak begitu strict dengan menulis blog. But trust me, menulis ni kalau banyak idea, laju je menulis, macam sekarang ni la. Sebab tu orang cakap kalau nak berseni atau update blog ni, biar masa idea penuh dlm fikiran. Bagi Bella, kalau blog ni blog personal, automatic kebanyakan post tentang opinion blogger tu. Kalau blogger ni sebagai satu kerjaya, maybe la kena rangka dlu, dan cari idea2 or isu2 semasa. 

Ada seorang kawan Bella yang sama2 explore blog ni dulu2. Dia tanya la macam mana Bella still boleh menulis dalam blog lagi. Padahal Bella xde la update selalu macam blogger2 yang lain. Satu benda yang Bella pegang sampai sekarang. Bagi seorang yang xpandai meluahkan kata2 secara teratur dan mengikut tertib, menulis ni salah satu cara Bella meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat tentang apa2 yang ada dalam fikiran. Bella tak memaksa diri untuk menulis dan tak pernah rasa terbeban nak menulis. Blogger pro yang lain mungkin memerah otak untuk dapat idea penulisan sebab mungkin blog ni major income diorang. Tapi orang macam Bella ni, blog adalah tempat untuk melarikan diri dari dunia sementara waktu. 

Sekarang ni pasal Youtube pulak. Haritu ada pergi satu talk pasal self confidence and public speaking macam tu la. Obviously join sebab tahu self confidence low sangat2. HAHA. Kelemahan Bella satu je, Bella tak yakin untuk bercerita depan orang. Walaupun dulu seorang yang boleh dikatakan talkative jugak. Tak tahu la apa sebab jadi macam ni. Speaker tu ada bagitahu untuk create channel youtube dan upload any video of you talking on something. Bagi Bella, YA ALLAH susahhhhhh yang amat. Nak cakap pasal apa? Nak kena tengok kamera ke? Dah pernah try sekali. Introduction macam tu la. Walaupun dah tahu lepas rekod, kalau tak suka boleh delete. Tapi still, segan tengok diri sendiri dalam video. Bella macam pandang tinggi kat youtuber2 yang mmg tengah up sekarang. Gigih tengok diorang. Macam mana la diorang boleh buat video2 bercakap macam tu. Impressive. 

So sekarang stick dgn blog saja lah. youtube tu kita hold dulu. kne cari idea jugak nak bercakap pasal apa kan. 

Ini video percubaan Bella:


P/s: Jangan kecam sudah!

XOXO,
Gadis Tudung Bunga

1 Comments

  1. assalamualaikum, salam kenal. ini pertama kali sis sampai sini, done follow blog. ada masa jemput singgah blog sis ya. terima kasih :D

    ReplyDelete