Kdrama List: My Best 5 Horror Kdrama


Ada yang suka tonton horror korean drama? Aku suka sangat. Walaupun penakut giler. HAHA. Tapi ini list Best 5 Horror Kdrama aku. List ini mengikut ranking.

1. Master's Sun

Image result for master's sun kdrama
Walaupun drama ini dah lama sejak 2013 kalau tak silap. Tapi memang all time favorite horror drama. Tak nyesal tengok. Kalau yang takut tengok hantu tu, ok je cuma ada la scene tutup muka tu. HAHA. Aku tengok 10 kali pun masih tutup muka lagi. Memang penakut giler. Hantu2 dia creepy la jugak. Makeup superb. ANyway citer ni memang best. Kisahnya pasal, someone yang koma bertahun, then sedar tapi boleh nampak semua roh2 yang berkeliaran. Jalan cerita dia banyak pasal cara dia jalankan 'normal' life dia dengan keupayaan dia boleh nampak hantu tu. 


2. Oh My Ghostess
Image result for oh my ghostessCerita Oh My Ghostess ni ada horror, romantic, comedy. Semua la. Citer ni best sebab aku suka Park Bo Yong dan Kim Seul Gi. Comel je dua2. Kisah dia pasal, roh rasuk badan someone yang boleh nampak roh2 yang lain. Kebetulan roh tu sesuai dengan rasuk badan dia. Jalan cerita mostly mengenai roh itu hidup dalam badan itu dan tolong tuan badan dalam kehidupan seharian dia. Seolah2 macam tuan badan minta tolong roh tu untuk advance in her relationship camtu. Tapi memang best la. Lucu jugak. Dan ada unexpected scene macam tak sangka orang tu jahat gilerrr. DEVIL!! Memang tak disangka la. 

3. Cheo Yong Ghost Detective 1&2

Image result for cheo yongCerita ni ada dua season, dan dua2 best. Yang suka cerita hantu dan detective, crime genre memang akan suka drama Cheo Yong ni. Tengok tajuk pun dah tahu, Ghost Detective. Cerita ni pasal hantu budak sekolah tolong detective2 di balai polis menyelesaikan kes2 pembunuhan yang berlaku. Tapi seorang detective sahaja yang nampak hantu tu. Hantu tu jugak selalu rasuk badan seorang detective untuk bantu secara fizikal. Aku memang suka tengok citer ni. Dah repeat berpuluh kali dah. Tak bosan langsung. 


4. Lets Fight Ghost

Related imageCerita ini mengisahkan pasal seorang lelaki yang ada keupayaan bukan sahaja boleh nampak hantu, tapi jugak boleh sentuh, pukul, sepak, terajang hantu. Kiranya dia ni ghost fighter. Jadi dia nak pulihkan mata dia dan perlukan banyak duit. Jadi cara dia buat adalah dengan exorcist. Dia ambil upah orang untuk halau hantu2 yang mengganggu keteraman semua. Dan sehinggalah dia jatuh cinta pada satu hantu perempuan. Jadi the whole story pasal dia fight hantu tu dan something dengan hantu perempuan tu. 


5. Bride of the Century


Related imageBagi aku cerita ni okla. Not bad. Tapi takdela setanding dengan yang lain2. Sebabnya aku tengok skip2 jalan cerita. Tapi still ok kalau nak tengok cerita hantu ni. Cerita ni pasal sumpahan first bride dalam family itu. Dan kisah pelanduk dua serupa, satu jahat, satu baik menyamar untuk kawin jadi first bride. Sebab sumpahan first bride akan mati awal. Tapi bagi aku hantu dalam citer a bit ridiculous. Tak tahula. Rasa macam lucu pun ada. Anyway tengokla. Walaupun cerita ni dah lama tapi still boleh jadi collection horror kdrama..

Gadis Tudung Bunga

0 Comments