Kdrama Review: While You Were Sleeping

Image result for while you were sleepingDirector: Oh Choong-Hwan
Writer: Park Hye-Ryun
Network: SBS
Cast:  Lee Jong-suk, Bae Suzy, Lee Sang-yeob, Jung Hae-in and Ko Sung-hee
Episodes: 32
Status: END

Sinopsis:
Hong-Joo (Bae Suzy) ada kebolehan melihat future deaths orang lain dalam mimpi2 dia tapi dia tak pasti bila kejadian itu akan berlaku. Tapi dia cuba sedaya upaya untuk halang dari perkara itu terjadi. Satu malam, dia mimpikan kematian ibunya sendiri. Sementara itu, Jae-Chan (Lee Jong-Suk) adalah seorang prosecutor. Dia jumpa Yoo-Beom (Lee Sang Yeob) iaitu tutor dia dulu dia office prosecutor. Tapi disebabkan satu kejadian yang tidak dapat dilupakan, Jae-Chan benci Yoo-Beom. Yoo-Beom sekarang dah jadi lawyer, dulu dia pun seorang prosecutor. Sekarang dia ambil semua kes yang mendatangkan wang yang banyak. Satu hari, Jae-Chan pun bermimpi kematian Hong-Joo dan dia cuba stop dari kejadian tu berlaku. Apakah kaitan dua orang ini? Kenapa mereka bermimpi benda yang akan terjadi pada masa hadapan? 

Review:
Apa yang korang rasa kalau korang ada kemampuan yang sama macam Hong-Joo? Boleh tahu perkara yang akan berlaku pada masa hadapan? Korang akan cuba ubah tak? Tapi sejauh mana future itu akan berubah dengan usaha kita ini? Contohnya kalau kita dapat mimpi yang seseorang itu akan kemalangan. Boleh ke kita nak yakinkan orang itu supaya tak bawak kereta? Atas sebab apa? Payah kan? Kalau aku, aku tak mampu nak handle kebolehan macam itu. Lagipun, dalam cerita itu, mimpi2 tu semua seolah2 real sebab benda yang pasti berlaku akan datang cuma akan berubah sebab kita yang tahu ni cuba ubah future tu. Jalan cerita ini memang sangat SUPERB. Cara dia buat connection antara satu sama lain. Sekali tengok mula2 asyik terbayang citer Goblin je. HAHA. Kes tak move on lagi. Tapi bila dah lama2 rupanya ada kelainan cerita ni. Ada scene lawak2, Ada scene nangis2. Yang paling sakit hati, dengan Yoo-Beom tu. Sanggupp diaaaa. JAHAT. HAHA. Nak tahu? Korang kena tengok la. HUHU. 

Rating: 😁😁😁😁😁 (5/5)




Gadis Tudung Bunga

1 Comments