One Step Closer~~

Hai semua,
Guess what?? I'm engaged!! Haha. Bella pun tak menjangkakan akan melangsungkan sebarang majlis dalam tahun 2018 ni. Tapi....semua ketentuan Allah kan. Dan En Tunang pun, Bella baru sangat berkenalan dengan dia. Tapi entah kenapa, rasa terbuka hati untuk terima dia. Mungkin sebab dia serius. Perlahan-lahan, sesi berkenalan sambil proses mendirikan masjid ini jadi mudah. Dan pada masa yang sama, Bella pun jatuh hati padanya. So doakan yang terbaik sajalah. Orang cakap, pertunangan ni tak perlu hebahkan. Tapi my mom kata, at least bila kita update yang kita ini tunangan orang, nanti tak adalah yang masih menaruh harapan. Walau hakikatnya, tak ada orang pun yang menaruh harapan kat Bella. HAHAHA. 

Tapi tujuan Bella tulis ni untuk share happy event ini walaupun tak lah sebesar mana pun. Majlis simple sangat. Sebab family Bella dah decide untuk melebihkan bagi makan untuk orang ramai. Tak ada pelamin, hanya sarung cincin dalam bilik sahaja dengan cadar kartun2 gitu je. Tak menghias langsung bilik, sebab sekejap saja kan. Mekap pula dibantu oleh sepupu-sepupu dan kawan2 baik. Baju pula beli di butik PEACE saja bawah RM100. Hantaran pula, 5 berbalas 5 termasuk sebentuk cincin. Bekas hantaran beli di kedai ECO, RM2 je satu par. Banyak jimat lah. Majlis merisik dan bertunang diadakan sekali. Tapi tak perlu 2 bentuk cincin. Cukup 1 je sebagai tanda. Bulan ni memang full tak sempat nak menulis di blog. Majlis tunang, kursus kawin dan kerja2 luar. Sakit juga la kepala ini. 


Bestfriends dan kazens yang tolong tonyoh muka Bella

Bekas par beli kedai ECO
 Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga



1 Comments