PERIOD TAK HENTI SEHINGGA 2 BULAN LEBIH!!

Pernah tak anda period atau datang bulan lebih dari 2 bulan? Atau pernahkah anda tidak datang period lebih dari 2 bulan? Atau cycle tidak teratur dan tidak tetap? 


Biasanya isu ini sangat sensitif dan jarang orang membincangkan topik ini kecuali penulisan dari seorang doktor. Akan tetapi, Bella cuba share pengalaman diri sendiri mengadapi period tidak teratur. Ianya bertujuan untuk awareness sebab mungkin ada yang sama nasib macam Bella di luar sana. So, Bella tak rasa perkara ini sesuatu yang memalukan. Ini adalah tidak normal.

Sebab sepanjang Bella menghadapi masalah ini, Bella cuba cari sebarang penulisan atau perkongsian tentang wanita yang sama nasib macam Bella tapi ada mungkin tak banyak. Mungkin isu sensitif kot. 

Ok...kita mula...


Tempoh normal period ialah selama 6 atau 7 hari, paling lama hingga 15 hari dan paling sekejap sehari. Jadi sebelum ini memang kitaran period tak teratur ada  sampai 5-6 bulan tak period. Masa tu remaja, aktif bersuka jadi memang tak terdetik pun nak check. Baru2 ini, period datang lebih dari 2 bulan, jadi Bella rasa sangat tak sedap hati. Sebelum Bella pergi ke hospital, banyak kali Bella fikir dan fikir. Bella search info dari google, youtube dan ada tanya kawan2 doktor. Semua cakap kena pergi scan check takut2 ada fibroid atau cyst. 2 3 malam tak tidur memikirkan semua ni. Last2 pergi jugak ke hospital. 

Pergi jumpa doktor, test darah, scan rahim semuala. Alhamdulillah doktor cakap dalam rahim clean tak ada sebarang ketumbuhan atau apa-apa. Cuma kena makan ubat untuk stop kan darah dari terus keluar. Salah satu faktor period tak teratur adalah kerana berat badan. Dan Bella seorang yang obese. Berat berlebihan. Sedikit sebanyak push lagi semangat untuk kuruskan badan ni. Mula2 doktor sarankan makan pil perancang dulu sebab fungsi ubat tu boleh stopkan darah. Tapi Bella takut ada effect lain kalau makan pil perancang. So Bella minta alternatif ubat lain sebagai ganti untuk stopkan darah. So doktor bg ubat lain. Sekarang Bella masih dalam tempoh makan ubat sebab baru saja pergi jumpa doktor. Nanti nak update perkembangan. 

Sekarang masih dalam fasa menurunkan berat badan melalui Intermittent Fasting (IF), nanti Bella share. Sangat berkesan dan tak ada sekat2 nak makan apa. Jadi badan boleh terima la sebab mindset boleh makan semua di waktu2 tertentu la. Doktor pun suruh Bella teruskan diet ni. Moga2 berhasilla.

Korang kalau ada masalah macam Bella atau masalah2 kesihatan yang lain, jangan malu untuk jumpa doktor. Kalau tak selesa doktor lelaki, boleh request minta doktor perempuan. Baik mencegah dari mengubati. Selalu2 la pergi check up kesihatan anda-anda semua ya. 

Lots of Love,
Gadis Tudung Bunga


0 Comments