Rindu Zaman Belajar

RINDU ZAMAN BELAJAR!!!!

Rindu zaman belajar dan memori dengan kawan2 saja ye. tak rindu pun belajar, present, exam semua tu. Zaman belajar dulu tak kira lah masa di MRSM or di universiti. Dua2 rindu. Sebab dulu aktif, sekarang ni aktif gerak situ sini je. Dulu panjat bukit la, jogging tu biasa la, main netball (wakil sekolah taw), masuk universiti pun join sukarela polis tu. Bila dah stop aktif, macam biasalah, badan yang sihat semakin sihat dengan jayanya. HAHA.

Zaman sekolah dulu best sebab macam2 perangai dan banyak hal yang aku buat. ponteng assembly tu kira wajib la. Semua peraturan nak dilanggar. Paling best bila kena denda dengan kawan2. Rules meant to be broken kan. HAHA.

Tapi masa zaman universiti ni banyak aktiviti masa awal je, first year dengan second year. bila hujun2 tu dah start bergerak solo. tak tahu la kenapa. Menyesal jugak. Sepatutnya spend time lagi untuk aktiviti sosial. Tapi aku pilih untuk berseorangan. Dalam dunia sendiri. HAHA. Tapi still best. Macam ade masa untuk cari diri sendiri. Cewahhhh. Masa tu lah aku belajar swimming dari zero to hero. Hero ke? Tapi bolehlah. Then, aku ada join belajar martial art 'Aikido'. Tapi sekejap jela. Level 1 maybe. HEHE. At least aku buat something yang improve skills aku.

Tapi serius, bila dah habis degree haritu, memang rindu life di UIA. Sebab hidup dengan community situ lain dengan community luar ni. Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Sekarang sambung master tapi PJJ luar kampus. By research part time pulak. Okla. At least sebulan sekali pergi UIA sebab jumpa supervisor kan.

Satu je nak pesan kat adik2 yang still tengah belajar tu,
"Enjoy the little things in life, for one day you will look back and realize they were the big things"






 




Gadis Tudung Bunga

0 Comments