Bakat? Skill? Ada ke?

Hari ini nak bercerita sikit pasal bakat dengan skill. Pernah tak suatu ketika, rasa macam kita ini tiada bakat macam orang lain. Melukis? Tak pandai. Menyanyi? Sumbang. Marketing? Failed. Menulis? Tak menarik. Bermain alat muzik? DoReMi pun tak tahu kat mana. 

So, kadang-kadang terfikir, apa bakat yang kita ada. Cemburu tengok orang lain pandai macam-macam benda. Tapi kita tak. Bukan tak pernah try. Semua yang dinyatakan kat atas itu, semua dah cuba. Tapi tak ada satu pun yang mendatangkan minat untuk kekal. Jadi kalau tak ada minat, maka tak menjadi la. 

Fikir punya fikir. Bertahun-tahun mencari bakat diri sendiri. Rupa-rupanya aku ini tak sedar yang aku ada bakat mengajar. Tak sedar yang mengajar pun satu bakat. Kita sibuk mencari bertahun-tahun tapi tak sedar bakat-bakat yang kita cari itu sebenarnya ada dalam diri sendiri. Boleh mengajar, minat mengajar dan ada passion untuk students. Sekarang, aku buat sambilan mengajar dan juga sediakan bahan-bahan mengajar dan latihan-latihan. Setakat hari ini, tak pernah rasa jemu lagi walaupun mengajar bukanlah kerja sepenuh masa. Malah tak rasa bekerja pun. Sebab itu orang kata. Carilah sesuatu kerja yang memang kita minat sebab daripada tiada pengalaman (zero) kepada penuh pengalaman (Hero). 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah jangan kecewa andai rasa diri sendiri tiada bakat atau kemahiran. Sebaliknya percaya pada diri sendiri dan sentiasa cuba benda baru. Mungkin dah ada dalam diri ataupun kita belum cuba untuk dapatkan bakat itu. Paling penting PERCAYA PADA DIRI SENDIRI!

Gadis Tudung Bunga

0 Comments