Beli VIVO Y65 RoseGold



Hai reader,
Lama beno gap antara post kan? HEHE. Sibuk yang amat sepanjang cuti sekolah ni. Saja lah nak share beli hphone baru ni. HEHE. 

Mula2 niat dalam hati memang nak beli phone yang dalam bajet RM800 tp kalau dapat phone yg lagi murah dan tepati semua yang aku nak, memang terus beli lah. Maklumlah lepas jual iphone dulu, pakai handphone biasa2 je. Sbb nak kena hold dulu survey nk beli yg mana. Lama jugak kot survey. 

Antara ciri2 phone yang aku cari: 

*Saiz mesti besar gedabak (5 inci ke atas, tp xdelah mcm tab)
*Kamera mesti lawooooo depan belakang (WAJIB, kita kan nak kena selalu selfie)
*RAM besar (semstinya, sbb fon nak guna bnyk benda, kalau besar sikit boleh install game bebanyak)
*Accessories yg senang nak cari di pasaran terutamanya back cover la kan (maklumla cepat bosan)
*Speaker bunyi cantikk je 

Itu lah semua ciri2 yg aku nak. Tapi aku tak nak IPHONE sebab rasanya IPHONE dgn aku mmg tiada jodoh. Tak sesuai, dan tak serasi. Kena Android jugak. SAMSUNG??? Tak nak laaa. Kne beli yg mahal trus baru puas hatii kalau yg murah2 ni hmmmm, xtaw nk ckp la. sebab dulu2 guna samsung asyik kne pergi kedai je repair. then, jatuh mmg berkecai la. xserasi dgn aku yg lasak ni, walau xbuat aktiviti lasak pun.

So, aku try usha brand2 lain. Dan akhirnya tertawan hati dengan VIVO. Tapi xdecide lagi model yg mana satu masa tu. Survey2 2 minggu, then buat keputusan beli VIVO Y65 Rose Gold. Katanya baru je keluar. Dannnnn semuaaaaa ciri2 yg aku nak tu mmg ada kat phone tu. Now almost one week guna fon ni, mmg xlepas dari tangan. Memang puas hati la. Laju je processor dia. Mmg satu age screen aku tu full dgn games je. HAHAHA.

Dan harganyaaaaa. Nak taw x berapa????? RM799 sahaja!!!! Hehe aku tambah memory card dalam RM20 je. then dapat full. Dapat phone, charger, usb, earphone, silicon case, sim ejector mcm biasa la tu. then, lepas beli je, trus aku pergi cari hard cover trus sbb nya aku ni jenis lasak bukan sikit tp banyak, jadi fon jatuh tu kebiasaan. dan terpaksa beli ring kat belakang case sbb nye fon besar so grip xkuat kan. So case Rm8 + ring RM3 = RM11. So total semua RM830. Murah ke mahal. Bagi aku ni dah berpatutan la. Alaaa tambah RM30 je pun dr bajet asal aku. tu pun sebab benda extra tu. Xpe.. puas hatii.

Lepas ni aku akan share gambar2 yg di snap guna phne baru aku ni ye. HEHEH. Kita tengok mcm mana, lps guna lama2 sikit.  

Image result for VIVO Y65 RoseGold
Related image

Gadis Tudung Bunga


0 Comments