Kdrama Review: Witch's Court


Related image




Status: End
Total Episode: 16

Director: Kim Young-Kyoon
Cast: Jung Ryeo-Won, Yoon Hyun-Min, Jeon Kwang-Leol
Genre: Romance



Sinopsis:
Ma Yi-Deum has worked as a prosecutor for 7 years. She sometimes resorts to drastic methods to win cases. One day, Ma Yi-Deum is transferred to a special division dealing only with sex crimes.




Review:

Drama 'Witch's Court' ni lain sikit jalan cerita dia daripada drama2 legal yang lain sebab cerita ni mengisahkan jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak. Kalau tengok trailers pun, boleh dapat hint yang drama ni menyentuh isu yang agak sensitif seperti sexual assault. Tapi benda yang sama macam cerita-cerita lain, anak mangsa akan jadi peguam/prosecutor untuk membela nasib ahli keluarga. Tapi dalam drama ini, Ma Yi-Deum jadi prosecutor bukan semata-mata sebab membela nasib ibunya sebab dia tahu pasal kes mak dia selepas dia jadi prosecutor. Cerita ini menunjukkan bagaimana seorang yang mempunyai darjat tinggi dalam masyarakat terlepas daripada tuduhan mencabul seorang wanita yang lemah.

Aku suka character Ma Yi-Deum ni. Sempoi je. Senyuman sinis dia tu mahal. HEHE. Ada komedi sikit jalan cerita dia and not bad la. Kalau minat cerita pasal lawyer/prosecutor ni memang disyorkan untuk tengok. Dan watak hero cerita ini, seorang doktor yang bertukar profession jadi prosecutor. Boleh dikatakan dia guna 2 kepakaran untuk buat kerja prosecutor tu. Dan sebab dia jadi prosecutor tu sebab nak tegakkan keadilan patient dia. Memang salute la mentaliti macam tu. Satu lagi yang aku suka pasal wat Ma Yi-Deum ni. Dia mampu buat apa saja untuk naikkan level karier dia walaupun benda tu salah. Tapi biasalah, jauh dalam sudut lain rupanya. Dan memang itu pun sifat seorang manusia biasa. Tapi kita pilih kan untuk teruskan atau jadi lebih baik.

Rating: 😁😁😁😁😁 (5/5)




Gadis Tudung Bunga

0 Comments