TAHUN BARU 2020!!

Hai,
Tahun 2020 dah kita kan? Macam mana azam tahun 2019, tercapai semua tak? Ke azam nak kurus tu tak tercapai lagi. Takpe. Jom kita forward ke tahun 2020 pulak. Hehehe.
Baru 3 hari di tahun 2020, tapi timeline sosial media aku dah penuh dengan parody kereta terbang, hehe..kreatif betul orang Malaysia ni kan.

Untuk tahun 2020 ni, aku nak betul2 setkan azam baru, dan antara azam aku adalah:
1. Upgrade bisnes aku ke next level.
2. Kumpul duit sebanyak yang mungkin.
3. Kurangkan belanja yang ikut kemahuan tu.
4. Jadi seorang yang lebih positif dari tahun lepas.
5. Jadi seorang isteri yang baik.
6. Kalau ada rezeki anak tahun ini. Alhamdulillah lah. (doakan)
7. Belanja family (takpe lebih2 pun)
8. Amal hidup sihat.

Itu saja yang nampak setakat ini. Korang dah listkan azam korang tak? Aku suggestkan tampal dekat depan cermin atau meja kerja korang tu. Senang hari2 boleh tengok. Sebab kalau dalam kepala saja ni biasanya xjalan. HAHA.

Okla. Semoga tahun 2020 ni lebih baik untuk kita semua.

Gadis Tudung Bunga

2 Comments