KDrama Review: Father is Strange



Father is Strange 2017
Cast: Lee Joon, Jung So Min, Kim Yeong Cheol, Kim Hae Sook, Lee Yoo Ri
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 50

Sinopsis:
Drama ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal di pinggir Seoul. Byun Han Soo adalah bapa dan isterinya, Na Yeong Shil adalah seorang ibu yang berdedikasi dan bertanggungjawab kepada tiga anak perempuannya dan seorang anak lelaki iaitu Hye Yeong, Mi Yeong, Ra Yeong dan Joon Young. Tiba-tiba suatu hari, Ahn Joong Hee, seorang bekas idol, seorang pelakon kurang popular, muncul dan mengaku sebagai anak Byun Han Soo. Cerita ini mengisahkan kehidupan, suka-duka hidup mereka sekeluarga.

Review:
Memang sangat best. Family drama korea memang tak pernah menghampakan setakat ini. Banyak plot twist, banyak kejutan, dan rahsia seorang bapa. Walaupun 50 episodes tapi memang berbaloi. Lakonan Lee Joon memang superb. Suka sangat hubungan antara adik-beradik. Dalam cerita ini menunjukkan cara penerimaan pada ahli keluarga baru, cara penerimaan rahsia besar seorang bapa, kisah first love yang berputik kembali, dan banyak lagi.

Rating: 😃😃😃😃😃(5/5)


0 Comments