Drama Review: Raisha TV3


Image result for raisha tv3
Tajuk: Raisha
Episod: 13
Status: Tamat

Sinopsis:
Raisha (Diana Danielle) dilahirkan setelah bertahun lamanya ditunggu oleh ibu bapanya, Samsudin dan Arfah. Tapi, lepas melahirkan Raisha, Arfah kemalangan dan meninggal dunia. Hidup di kampung tapi Raisha tak pernah kurang apa-apa sebab Samsudin sentiasa penuhi keinginan anak dia itu. Tapi orang cakap apa, naik lemak. Ambil kesempatan pada kasih sayang ayah dia itu. Akibat terlalu manjakan Raisha, dia jadi seorang yang degil, suka memberontak, kurang ajar dengan orang tua dan macam2 lagi. Bila Raisha masuk IPT swasta, perangai dia makin menjadi-jadi. Pelbagai orang dia jumpa. Pada awalnya, habis dia licinkan duit ayah dia. Bila Samsudin dah tak mampu nak bagi wang yang banyak, jadi dia fikir cara lain iaitu goda orang2 kaya. Seterusnya pun begitu la. Tapi agak2 dia menyesal tak akhirnya? Tengokla sampai habis. HAHAHA...


Review:
Mak aihhh. Tak tahan aku tengok si Raisha ini. Memang aku nak tonyoh2 ngan cili api. Dari kecik sampailah dah besar perangai menjadi-jadi. Bila dia kurang ajar dengan orang tua lagi la memanaskan hati aku. Semua benda yang dia nak, dia akan dapat. Pakcik Din ni pun satu, manjakan sangat anak tunggal dia tu. Sebab serba salah takut si Raisha kurang kasih sayang ibu. Jadi dia nak cuba penuhi kekosongan itu. Raisha pulak amek kesempatan, selalu guna alasan rindu kat arwah ibu la. bila ponteng sekolah, cakap pergi kubur ibu la.

Padahal harommmm. Ni kes aku terjebak tengok drama melayu ni kes mak aku la. Nak try tengok satu episod, rupanya memang best pun. tapi aku kena tengok yang dah habis episod la. Kalau tak merana hidup. HEHE. Tapi memang aku recommend tengok cerita ini. Best la.

Rating: 😃😃😃😃 (4/5)





2 Comments